Unit ICT

Jabatan Pelajaran Kelantan
It is currently Tue Sep 07, 2010 12:06 am

All times are UTC + 8 hours [ DST ]


Forum rules


Sebarang post di sini yang didapati tidak berkaitan dengan tajuk akan dipadam atau dipindahkan ke tempat yang sepatutnya tanpa notis..sila gunakan saluran yang betul untuk post atau reply topic.. tq



Post new topic Reply to topic  [ 5 posts ] 
Author Message
 Post subject: Website tak boleh masuk.. apa yang telah berlaku?
PostPosted: Thu Nov 01, 2007 7:50 pm 
Offline
Site Admin
Site Admin

Joined: Sat Jan 20, 2007 12:04 pm
Posts: 379
Location: Pasir Tumboh, KB
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Baru-baru ini website webict tidak boleh diakses kerana muncul paparan godaddy yang mengatakan website webict akan dibuka sedangkan web ini telah beroperasi setahun yang lepas. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang masalah ini dan ingin berkongsi apa yang telah berlaku dan apa yang telah saya pelajari dari masalah tersebut.

Buat pengetahuan sama ada sedar ataupun tidak, web ini telah beroperasi selama setahun dengan tiada masalah dan web juga telah menghilangkan diri dengan secara tidak sengaja dalam jangkamasa yang agak lama juga. (lebih kurang sebulan daripada sebelum raya sehingga 31/10/2007) p/s: raya rak senang duduk sebab website tak jalan.

Apa yang berlaku? Domain akan tamat pada 05/11/2007 oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memperbaharui awal sebelum banyak masalah lagi timbul. Disebabkan syarikat registerfly http://www.registerfly.com telah ditamatkan perkhidmatan sebagai penyedia domain, saya teramat bimbang domain ini akan dicuri seperti domain² kawan² yang berada di situ.

goDaddy telah diberi kepercayaan oleh ICANN untuk mengambil alih semua pelanggan registerfly, selebihnya diambil oleh eNom terlebih dahulu dan menawarkan harga yang mahal untuk renew.

Setelah berjaya diperbaharui, terdapat masalah lain yang ingin dikongsikan bersama iaitu setting pada domain. Saya dapati masalah ini tidaklah seteruk mana tetapi mengambil masa yang panjang kerana kursus perguruan, bina insan guru, masalah internet, tiada laptop dan sebagainya.

Sebenarnya saya hanya perlu setup "A Name" dan "C Name" pada domain yang menentukan I.P yang sebenar. Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi setelah mendapat nasihat dari pakar goDaddy yang menyarankan saya menukar A Name kepada 208.109.78.170, web ini berjalan seperti biasa selepas satu jam.

Oleh itu saya berpendapat masalah sebenar ialah domain tidak mengesan ip dengan betul. Setelah memberikan A name yang tepat barulah ianya berjalan seperti biasa. Banyak persoalan yang timbul di kepala namun bersyukur kerana web telah berjalan seperti biasa. Terima kasih juga kepada En. Nawi kerana memberi semangat di kala buntu.

Diharap tuan/puan dapat berkongsi kepakaran mengenai apa yang dimaksudkan A name dan C name kerana pada pendapat saya banyak kajian/eksperimen boleh dibuat dengan dua istilah ni contohnya membina server sendiri dan pelbagai benda menarik. terima kasih..

_________________
Ceria selalu..
http://apis17.webict.net


 
 Profile  
 
 Post subject: Re: Website tak boleh masuk.. apa yang telah berlaku?
PostPosted: Wed Nov 07, 2007 9:45 pm 
Offline
Super Senior
Super Senior

Joined: Tue Jan 23, 2007 1:23 pm
Posts: 126
Location: pasir mas
utk sementara waktu jika jadi macam tu, buat redirect jer.. di domain forwarding..

_________________
Blog Aku Belajar ICT
http://mindaict.blogspot.com
Windows~Linux Ubuntu~MacOSX


 
 Profile  
 
 Post subject: Re: Website tak boleh masuk.. apa yang telah berlaku?
PostPosted: Wed Nov 14, 2007 12:38 am 
Offline
Site Admin
Site Admin

Joined: Sat Jan 20, 2007 12:04 pm
Posts: 379
Location: Pasir Tumboh, KB
tak boleh rasanya kerana yang redirect cuma boleh point ip sahaja. apa yang berlaku kalau ip tu shared? contoh ada satu ip tapi dua domain. xyz.com ip 200.231.2.33 dan wccc.com ip yang sama. kalau macam ni bagi saya kita kena perlu ubah pada A records dan C name utk kenalpasti domain dalam ip tersebut. (tu ikut teori saya je) kalau salah tolong betulkan..

oleh itu, A name utk ip & domain pointing pada server.
dan C name utk sub domain pointing.. betul tak?

farimi wrote:
utk sementara waktu jika jadi macam tu, buat redirect jer.. di domain forwarding..

_________________
Ceria selalu..
http://apis17.webict.net


 
 Profile  
 
 Post subject: Re: Website tak boleh masuk.. apa yang telah berlaku?
PostPosted: Tue Dec 11, 2007 6:43 pm 
Offline
Super Senior
Super Senior

Joined: Tue Jan 23, 2007 1:23 pm
Posts: 126
Location: pasir mas
Saya rasa lebih elok jika ada mass email untuk ahli-ahli, boleh dimaklumkan kepada semua ahli dengan pantas, ye lah kot-kot terjadi lagi macam tu, takde la pening sangat sebab benda tu luar kawalan kita.

_________________
Blog Aku Belajar ICT
http://mindaict.blogspot.com
Windows~Linux Ubuntu~MacOSX


 
 Profile  
 
 Post subject: Re: Website tak boleh masuk.. apa yang telah berlaku?
PostPosted: Wed Dec 19, 2007 1:13 pm 
Offline
Site Admin
Site Admin

Joined: Sat Jan 20, 2007 12:04 pm
Posts: 379
Location: Pasir Tumboh, KB
tak apa yang penting sekarang dah ok dan banyak yang telah saya belajar.. Laughing

_________________
Ceria selalu..
http://apis17.webict.net


 
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 5 posts ] 

All times are UTC + 8 hours [ DST ]


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2002, 2006 phpBB Group
[ Time : 0.136s | 12 Queries | GZIP : Off ]